Monday, October 18, 2010

kucing kucing terbiar di kisdar kuala kangsar

                                                            anak2 si tompok
                                                                     si tompok

 kucing2 kelaparan,mase tu cuti,nasib baik sy ade program,jadi tak balik la,syukur sangat dapat bagi kucing makan,asal nya kucing2 ni liar,tp di sebabkan lapar,datang juga dekat sy....dah lapar baru cari sy,dah kenyang sombong.huu.gurau je.
                                                         sedapnye..makan berjemaah..


                                    ni pulak kucing jantan,manje.tp skrang tk tahu mane hilangnye.

                                                                 dah habis makan..


 tengok..die tunggu je depan bilik..dah manje pulak kucing ni..kalau tidak,nampak orang je terus lari..
                                                                      makan lagi..

                                                              anak si tompok tidur..
                                                                     comel mata die..



                                                                        kehausan...


                                                                        si tam..

kucing kucing ku comel




 Si Putih..
si putih ni sy jumpe di tempat sy belajar jugak,mase tu nak gi kelas Tasawwuf..hujan lebat,kisah ni lebih kurang same dgn kisah kucing sy yg bernama Omei,jumpe mase hujan jugak,hm,si putih ni kehilangan ibunya waktu sy ke kelas,dengar kucing mengiaw kuat sangat,mesti die tgh cari ibu dia,sy pergi cari jumpa kt hujung bangunan,die ketakutan,nampak liar je,sy susah juga nk ambil.akhirnya sy berjaya menjinakkan die





sy dah dapat agak ibunya yg mana,tp ibunya sangat liar,tp masa tu sy terpaksa letak dulu anak kucing tu,sy kena masuk kelas dulu,mase pelajaran berjalan,hati tak tenang sebab kucing tu bising mengiaw2,ksian kt die,panggil ibu die,tersentuh pulak dgn panggilan anak kucing kecik tu.huhu.
habis kelas,sy pi ambik die.Alhamdulillah,sy bawak balik kt bilik,esok nak cari ibu dia..
esokkan tu tak jumpa ibu dia,kalu jumpa pun dia lari.lepas sminggu,ada jumpa ibu dia kt bangunan elektrik TNB,letak la anak die kt situ,ibu dia datang,cium dia,tp lepas tu ibu dia marah,seolah2 macam bukan anak die..anak kucing tu pulak tk nk pegi kt ibu dia,dia datang kt sy pulak,sy pun terus lari balik,walaupun tau ibu die tk nak kt dia lagi,dan dia asyik memandang ke arah sy lari balik,dengan perasaan sedih,sy pulang..sbb sy tknk pisahkan dia dgn ibu dia..lepas tu malam tu jugak sy tk tenang,hujan renyai2,terpikir kan nasib anak kucing tadi,adakah ibunya susukan nya?dalam bilik,asyik teringat anak kucing tu,sebab dah sminggu sy jaganya,dia semakin manja,dan sy sudah buat rumah,dan beri makan secukupnya,akhirnya sy mengambil keputusan untuk pergi cari dan ambil dia pulang.

mase nk pegi ada bawak sedikit makanan untuk ditinggalkan kpd ibunya di situ,hmm,cari2 kucing tu takda..lama juga panggil,akhirnya dia mendengar suara sy..Alhamdulillah dia terus berlari ke arah ku..dengan harapan adakah sy akan bawa dirinya pulang??ya,sy akan bawanya pulang..
kesian sangat, sy  tengok die keluar dari bawah longkang bertutup,kt situ ada air.sejuk,kesiannya..ibunya tkda,sy tengok ibu nya bersama seekor kucing jantan lain..hmm..bila dah sampai kt bilik,dia terus masuk dalam rumah kotak yg sy buat untuk dia.rindu kt rumah die.he2.selesa dia tido dalam tu..Skrg ni si putih sy hantar dia di tmpt jagaan yg sy jamin dia selamat kt sana.krn Sy sibuk untuk final exam sekarang..takut tak dapat nk uruskan dia..

rumah si putih
                                                                            Quswa

selepas beberapa hari hadir lagi seekor kucing baru lahir dah buka mata,ada sahabat sya jumpa di atas jalan hampir di langgar,dia pun hantar pada sy.memang anak kucing kecil ni memanggil ibunya..sedih rasa,tp apakan daya sy tk mampu nak temukan dia dgn ibunya,krn sahabat sy yg jumpa tmpatnya jauh dari tmpat blajar sy,terpikir juga untuk temukan dgn ibunya.tp bagaimana??hmm..dia kehausan,sy minta sahabat yg jumpa kucing tu untuk belikan susu kucing di pekan.sy beri dia minum..sy bagi dalam botol susu kecil..SUBHANALLAH..comel sangat cara dia minum,sedih pun ada,sebab dia takda ibu..tp tiap2 masa si kecil ni nak susu..tengah malam 3 atau 4 kali nk susu.mengiaw2 dia..hm,nama dia Quswa..skrg die berkawan dgn si putih..main sama2.walaupun quswa masih kecil,tp dia dah pandai main dgn si putih yg semakin membesar.akhirnya..kedua2 ekor kucing ni sya dah hantar dia untuk di jaga sementara...sedih masa nk tinggal dia kt situ..hmm..


Jauhi kezaliman terhadap haiwan

Rasulullah SAW melaknat kepada sesiapa yang melakukan penyeksaan kepada binatang sama ada untuk tujuan menyembelihnya ataupun bukan. Pernah pada satu masa Ibnu Umar r.a. melihat sekumpulan orang melontar seekor ayam yang sengaja ditambatkan, lalu dia berkata, maksudnya, 

“Barangsiapa yang melakukan perkara ini (menyeksa binatang), sesungguhnya Rasulullah SAW melaknat sesiapa melakukan perkara ini.” (Hadis riwayat Muslim)



 kezaliman manusia..
kisah kucing ini ana ambil di blog seorang yg bukan pecinta haiwan,tapi masih mempunyai hati dan perasaan terhadap makhluk ALLAH ini.
kejadian ni dikatakan berlaku di China dimana tuan kepada kucing-kucing tersebut turun dari tingkat atas dan terkejut melihat anak-anak kucing telah menjadi mangsa kekejaman manusia yang akalnya dilutut. Tuan rumah itu tergerak hati untuk turun kerana beliau terdengar seakan-akan kucingnya menangis dan meraung-raung. Di saat itulah mereka mendapati 4 ekor anak kucing mereka mati dibunuh. Yang paling teruk sekali ialah anak-anak kucing tersebut mati di hadapan ibunya sendiri.

Anak-anak kucing itu mati dalam keadaan yang menyayat hati kerana diseksa seperti lehernya dijerut menggunakan tali.. dikoyakkan dan dadanya dicucuk menggunakan alat tajam.. dan juga dipercayai dipijak sehingga mati.
Apa yang lebih memilukan adalah apabila ibu kucing yang mati tersebut cuba menghidupkan anak-anaknya dengan menjilat dan menggesel-gesel dengan harapan ada anaknya yang mungkin boleh hidup kembali.

wahai manusia,bayangkan lah perasaan ibu kucing ini,apakah perasaan ibu kucing ini,anaknya di bunuh depan matanya sendiri,menitis air mataku..apalah salah mereka,ia juga makhluk ALLAH yg ingin hidup dimuka bumi ini..



Balasan bagi yang menyeksa atau membunuh
binatang!
Al-imam al-Bukhari meriwayatkan dari Ibnu Umar ra dari Nabi S.A.W bersabda, “Seorang wanita memasuki neraka kerana seekor kucing yang diikatnya. Dia tidak memberinya makan dan tidak membiarkannya makan serangga bumi.”
Dalam riwayat di dalam sahih al-Bukhari, “Seorang wanita diseksa kerana seekor kucing yang dia kurung sehingga mati. Dia masuk neraka kerananya. Dia tidak memberinya makan dan minum sewaktu mengurungnya. Dia tidak pula membiarkannya dia makan serangga bumi.” Rasulullah telah melihat wanita yang mengikat kucing ini berada di neraka manakala beliau melihat syurga dan neraka ketika shalat gerhana.
“Barangsiapa yang melakukan perkara ini (menyeksa binatang), sesungguhnya Rasulullah SAW melaknat sesiapa melakukan perkara ini.” (Hadis riwayat Muslim)

Sunday, October 17, 2010

haiwan harus disayangi,bukan di zalimi

Memberi makan dan minum bila ia lapar dan haus

Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud, “Dalam masa seorang lelaki (pengembara) sedang berjalan di sebatang jalan terasa makin bertambah dahaganya lalu didapatinya sebuah perigi, dia pun turun ke dalamnya lalu minum kemudian naik semula. Tiba-tiba dilihatnya seekor anjing sedang termengah-mengah terjelir lidahnya sambil menjilat tanah basah kerana dahaganya. (Melihatkan yang demikian) lelaki itu berkata: “Sesungguhnya anjing ini sedang menderita dahaga seperti yang telah aku rasakan.” Dia pun turun ke dalam perigi, lalu mengisi penuh sarung kakinya (yang diperbuat dari kulit kambing) dengan air, kemudian dia membawanya naik dengan menggunakan giginya hingga naik semula. Lalu diberinya minum anjing itu. Maka, Allah menerima amalnya yang baik itu, lalu mengampuni dosanya.” Sahabat Baginda bertanya, “Ya Rasulullah adakah kami akan mendapat pahala juga jika berbuat baik kepada haiwan itu?” Baginda menjawab, “Pada tiap-tiap (makhluk yang hidup) yang lembut basah (daging) hatinya ada pahala (bagi orang yang berbuat baik kepadanya).” (Hadis riwayat Muslim)
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Siapa tidak menyayangi, ia tidak akan disayangi.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Sayangilah sesiapa sahaja yang ada di bumi, nescaya kalian disayangi sesiapa sahaja yang ada di langit.” (Hadis riwayat Tabrani dan al- Hakim)


Kucing adalah haiwan kesayangan Nabi Muhammad S.A.W

Kucing adalah haiwan kesayangan junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Memeliharanya adalah sunnah. Besar pahala manusia yang mengamalkan sunnah nabi ini.

Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa budaknya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun, ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu, ia memberikan isyarat untuk menaruhnya.

Sayangnya, setelah Aisyah menyelesaikan solat, ia lupa ada bubur. Datanglah seekor kucing lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika ia melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing dan Aisyah memakannya.
Rasulullah Saw bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling.” Aisyah pernah melihat Rasulullah Saw berwudhu dari sisa jilatan kucing. (HR AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni)

Hadis ini diriwayatkari Malik, Ahmad, dan Imam hadis yang lain. Oleh kerana itu, kucing adalah binatang, yang badan, keringat, bekas dari sisa makanannya suci.

Tidak salah rasanya untuk kita sama-sama menghidupkan kembali sunnah yang sudah lama hilang. Mungkin banyak amal kebajikan lain yang kita tidak mampu laksanakan. Namun dengan sedikit usaha kita memelihara haiwan kesayangan nabi ini, siapa tahu ia akan dikira suatu amal kebajikan yang cukup besar di sisi ALLAH. Barangkali ianya juga akan membantu kita di hari kemudian. Tuhan itu maha adil. Setiap kebaikan yang kita laksanakan pasti akan diberi ganjaran. Percayalah.

Berbaktilah pada sesiapa sahaja. Bukan sahaja pada manusia tetapi juga pada binatang haiwan ternakan. Walaupun mereka tidak punya akal untuk berfikir, tetapi dengan setitik nilai kasih sayang yang kita curahkan buat mereka akan dikira sebagai suatu amalan yang cukup besar olehNYA.





 Haiwan juga punya hati dan perasaan. Mereka juga perlu dibelai dengan kasih dan sayang..

Saturday, October 16, 2010

kereta kegemaran omei

Omeiiiiiiiiiiii,comel die duduk,kalau nak tau,omei suke naik kereta sorong ni.asalnye ni kereta anak patung,tp sy gune untuk omei.tk sangke pulak die suka naik,lagi laju sy tolak,lagi die suke,hehe,sampai tk nak turun..jauh sy beli,kat the store taiping,hehe.kebetulan mase tu dgn kawan pi taiping,singgah la the store,jumpe la kete ni.belila.ape lagi..huhu..
 tau2 je orang nak ambik gambar die..

selagi tak angkat..memang die takkan turun dari kete die....
 omei tengah tunggu tuan die tolak die..hehe,sy pun penat nak tolak..duduk jela atas tu.
 penat agaknye tunggu,takde orang tolak,akhirnye omei tido..hmm..mase ni pulak sy bawak balik umah akak kt lumut,dalam pengkalan tldm,sy bawak balik die bercuti..kalau nak bawak die balik umah sy,jauh sangat,hmm,tepakse lah bawak gi umah akak..

Powered By Blogger