Sunday, December 26, 2010

Nasib kucing Jalanan

               kucing ni saya jumpa kat pekan kuala..tepi jalan,kt mini pasar mini   dia kelihatan lapar..

 mula2 saya nampak kucing tu minum air kt jalan tu,air tu kotor..kesian sangat..saya cuba hampiri kucing tu



                                        badan die luka..tak tau la kena ape..kesian sangat...

 saya pun terus pergi beli makanan untuk dia,kesian sangat,tak sanggup tengok dan tinggal die macam tu  je,tanpa di beri makanan

Alhamdulillah..tenang rasanya dapat bagi dia makanan..tapi..sy masih terfikir dan kesian sangat nasib dia selepas ni macam mana..semoga kucing ini sentiasa di pelihara oleh ALLAH..Amin..

~al-mahabbah88.blogspot.com~

Saturday, December 25, 2010

kasih sayang di antara makhluk ciptaan ALLAH

Mungkin ramai dah lihat, sekadar berkongsi buat peringatan untuk semua.

Gambar yang diambil oleh seorang jurufoto yang telah melariskan jualan akhbar di Perancis pada hari ia disiarkan.

Di sinilah pasangan (isteri? suami?) kepada burung layang-layang ini terlantar antara hidup atau mati, kerana dilanggar oleh kereta ketika terbang rendah.

 Seekor burung layang-layang yg tak mampu nak terbang lagi setelah dilanggar kenderaan





Di sinilah ia menghantarkan makanan kepada pasangannya itu, dan menemaninya dengan penuh setia dan kasih sayang..



Sekali lagi ia terbang dan datang membawakan makanan, namun ia sangat terkejut apabila mendapati pasangannya telah mati.. Ia cuba menggerak-gerakkan pasangannya itu, satu keadaan yang jarang dilihat bagi burung atau binatang sepertinya..




Menyedari pasangannya sudah tidak bergerak, dan tidak akan kembali lagi kepadanya, ia mengeluarkan bunyi seolah-olah sedang menangisi pemergian itu dengan hiba..





Dan akhirnya menerima hakikat bahawa pasangannya itu telah pergi meninggalkannya buat selama-lamanya....
Hidup menjadi sepi...





Begitulah kasih sayang yang Allah ciptakan antara sesama makhluk-Nya..Manusia bagaimana? Pastinya burung yg ditinggalkan pasangan ... hidup menjadi sepi...kita manusia......???
mengalir air mataku :(
Powered By Blogger