Monday, October 18, 2010

Jauhi kezaliman terhadap haiwan

Rasulullah SAW melaknat kepada sesiapa yang melakukan penyeksaan kepada binatang sama ada untuk tujuan menyembelihnya ataupun bukan. Pernah pada satu masa Ibnu Umar r.a. melihat sekumpulan orang melontar seekor ayam yang sengaja ditambatkan, lalu dia berkata, maksudnya, 

“Barangsiapa yang melakukan perkara ini (menyeksa binatang), sesungguhnya Rasulullah SAW melaknat sesiapa melakukan perkara ini.” (Hadis riwayat Muslim)



 kezaliman manusia..
kisah kucing ini ana ambil di blog seorang yg bukan pecinta haiwan,tapi masih mempunyai hati dan perasaan terhadap makhluk ALLAH ini.
kejadian ni dikatakan berlaku di China dimana tuan kepada kucing-kucing tersebut turun dari tingkat atas dan terkejut melihat anak-anak kucing telah menjadi mangsa kekejaman manusia yang akalnya dilutut. Tuan rumah itu tergerak hati untuk turun kerana beliau terdengar seakan-akan kucingnya menangis dan meraung-raung. Di saat itulah mereka mendapati 4 ekor anak kucing mereka mati dibunuh. Yang paling teruk sekali ialah anak-anak kucing tersebut mati di hadapan ibunya sendiri.

Anak-anak kucing itu mati dalam keadaan yang menyayat hati kerana diseksa seperti lehernya dijerut menggunakan tali.. dikoyakkan dan dadanya dicucuk menggunakan alat tajam.. dan juga dipercayai dipijak sehingga mati.
Apa yang lebih memilukan adalah apabila ibu kucing yang mati tersebut cuba menghidupkan anak-anaknya dengan menjilat dan menggesel-gesel dengan harapan ada anaknya yang mungkin boleh hidup kembali.

wahai manusia,bayangkan lah perasaan ibu kucing ini,apakah perasaan ibu kucing ini,anaknya di bunuh depan matanya sendiri,menitis air mataku..apalah salah mereka,ia juga makhluk ALLAH yg ingin hidup dimuka bumi ini..



Balasan bagi yang menyeksa atau membunuh
binatang!
Al-imam al-Bukhari meriwayatkan dari Ibnu Umar ra dari Nabi S.A.W bersabda, “Seorang wanita memasuki neraka kerana seekor kucing yang diikatnya. Dia tidak memberinya makan dan tidak membiarkannya makan serangga bumi.”
Dalam riwayat di dalam sahih al-Bukhari, “Seorang wanita diseksa kerana seekor kucing yang dia kurung sehingga mati. Dia masuk neraka kerananya. Dia tidak memberinya makan dan minum sewaktu mengurungnya. Dia tidak pula membiarkannya dia makan serangga bumi.” Rasulullah telah melihat wanita yang mengikat kucing ini berada di neraka manakala beliau melihat syurga dan neraka ketika shalat gerhana.
“Barangsiapa yang melakukan perkara ini (menyeksa binatang), sesungguhnya Rasulullah SAW melaknat sesiapa melakukan perkara ini.” (Hadis riwayat Muslim)

0 comments:

Post a Comment

Powered By Blogger